Pages

Wednesday, March 17, 2010

CIRI-CIRI SEJARAH: BAGAIMANA SESUATU PERISTIWA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH SEJARAH














Sebelum ini kita telah membicarakan pengertian sejarah menurut pandangan dan tafsiran sejarawan terkemuka seperti Herodotus(bapa sejarah), Ibn Khaldun(ahli sosiologi), Muhd Yusof Ibrahim(sejarawan negara kita) dan pandangan beberapa tokoh sejarawan lainnya. Secara umumnya, sejarah merupakan rekod-rekod peristiwa masa lampau yang telah dikaji tentang kebenarannya serta terbukti kesahihannya bagi menjadi panduan dan pengajaran kepada masyarakat masa kini.

Tidak semua peristiwa yang berlaku pada masa lampau boleh dikatakan sebagai sejarah kerana sejarah mempunyai ciri-ciri khusus yang boleh diletakkan sebagai sebuah sejarah. Sebagai contoh kisah-kisah yang dilakonkan dalam televisyen seperti Si Tanggang yang tidak boleh diletakkan sebagai sebuah sejarah kerana tidak menepati klasifikasi sebagai sebuah ilmu sejarah. Walaupun penceritaan masyarakat terdahulu mengakui bahawa wujudnya Si Tanggang tetapi bidang keilmuan menafikan kewujudan kisah Si tanggang kerana tidak menepati bukti-bukti yang dikehendaki oleh bidang sejarah itu sendiri.

Oleh itu, aku akan menyenaraikan beberapa ciri sejarah yang patut diketahui sebagai sebuah sejarah. Ciri-ciri tersebut ialah fakta yang tepat dan benar, penting dan bermakna serta sebab dan akibat. Oleh itu, cerita Si Tanggang yang telah dikatakan sebelumnya tidak dapat dikatakan sebagai sejarah kerana tidak menepati ciri-ciri pertama iaitu fakta yang tepat dan benar. Kita akan lihat apa perkara-perkara yang terkandung dalam setiap ciri-ciri sejarah yang telah dikemukakan:

i) Fakta Yang Tepat dan Benar

Melalui ciri pertama ini sesebuah peristiwa, tempat,tokoh dan tarikh mesti dapat dibuktikan kebenarannya. Peristiwa sejarah mesti dapat dibuktikan dengan sumber yang terbukti kesahihanya. Sesebuah peristiwa yang membabitkan rekaan dan tokok tambah tidak dapat diangkat sebagai sebuah sejarah. Sebagai contoh penceritaan tokoh terdahulu mengenai zaman penjajahan Jepun, peristiwa tersebut telah terbukti kebenarannya tetapi jika penceritaan yang dilakukan penuh dengan unsur tokok tambah dan rekaan maka peristiwa tersebut boleh ditolak sebagai peristiwa sejarah. Di sini aku akan memberikan contoh sebuah sejarah:









Peristiwa : Pengisytiharaan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan

Tempat : Putrajaya

Tokoh : Tun Dr Mahathir Mohamad

Tarikh : 1 Febuari 2001

Peristiwa di atas telah menepati ciri pertama iaitu fakta yang tepat dan benar kerana memenuhi perkara-perkara seperti peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang tepat.

ii) Penting dan Bermakna

Jika anda menganggap sesuatu perkara dalam hidup anda tidak penting dan tidak memberikan apa-apa makna, apakah yang akan anda lakukan? Aku menjangkakan yang perkara itu tidak akan diingati dan mungkin juga anda merasakan perkara tersebut tidak pernah dilalui. Begitu juga dengan bidang sejarah, sesuatu peristiwa sejarah mestilah memberi kesan penting kepada pelajar, ahli keluarga, masyarakat dan negara. Peristiwa penting dalam diri menjadikan panduan dan iktibar kepada masyarakat agar berhati-hati dalam setiap tindak tanduk. Sebagai contoh:

a) Tarikh perkahwinan ibu bapa menjadi peristiwa bermakna kepada keluarha.











b) Hari kemerdekaan menjadi bermakna kepada semua warganegara Malaysia











i) Sebab dan akibat

Bagi mengetahui kesahihan sesuatu peristiwa dan kebenarannya, bidang sejarah memberi matlamat membongkar segala sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Bidang sejarah juga bukan hanya memaparkan fakta yang tetap tetapi ahli sejarawan sentiasa mencari sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Sebagai contoh penjajahan kuasa Britis ke Tanah Melayu disebabkan oleh faktor-faktor politik, sosial dan ekonomi. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa dapat menimbulkan perasaan ingin tahu individu terhadap sesuatu masyarakat. Contohnya jika rakan anda mempunyai kekasih dan pada suatu ketika hubungan itu terputus, anda sedaya upaya ingin mengetahui sebab mengapa hubungan itu terputus, ini menimbulkan perasaan minat dalam diri anda.


















penjajahan British memberi makna kepada kita agar menghargai kemerdekaan

Friday, March 12, 2010

PENGERTIAN SEJARAH




















Banyak peristiwa-peristiwa dalam hidup seseorang setiap hari dan setiap masa dan peristiwa-peristiwa yang berlangsung itu adalah merupakan sejarah. Sebagai contoh keputusan peperiksaan UPSR berlaku semasa tahun 1998, peperiksaan STPM berlaku pada tahun 2005 dan peristiwa pendaftaran ke universiti pada tahun 2006. Semua itu adalah sejarah, Sejarah merupakan peristiwa masa lalu yang benar-benar berlaku. Ini bermaksud peristiwa yang telah diceritakan oleh aku itu merupakan peristiwa sejarah.




















gambar di atas juga merupakan satu peristiwa sejarah

Baiklah di bawah ini aku paparkan beberapa ahli sejarawan yang membuat pengertian masing-masing mengenai sejarah. Pertamanya ialah:


Herodotus

Beliau merupakan sejarawan Yunani yang pertama. Beliau telah dilahirkan di Halicarnassus, Asia Kecil.

Menurut bapa sejarah ini:
sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.




Ibn Khaldun


Nama sebenar ibn khaldun ialah Abd. Al-Rahman Ibn Muhammad ibn. Khaldun dan dialhirkan di Tunisia.

menurut ahli sosiologi islam ini:
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat kemasyarakatan


Muhd. Yusof Ibrahim

menurut beliau sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu

Pendapat-Pendapat Tokoh-Tokoh Lain

Aristotle

Menurut aristotle:
Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.





R. G. Collingwood

menurut R.G. Collingwood:
Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau







Selain itu, terdapat ahli sejarawan menyatakan bahawa sejarah itu berulang

Sejarah Berulang (Repeating History) boleh diertikan sebagai satu keadaan di mana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlak pada suatu masa dahulu boleh berlaku pula pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada masa sezaman mahupun pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagai suatu gejala yang berulang-ulang yakni sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses kitaran yang saling berkaitan serta silih berganti.

Proses kitaran yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang rapat dengan kemunculan sesebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat maju sehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu tempoh masa ia akan mengalami kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu, dipercayai kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang dari satu tempoh masa ke satu tempoh masa yang lain mengikut perkembangan politik sesuatu negara.

Oleh itu sejarah mampu menjadi pemangkin atau batu loncatan bagi melaksanakan sesuatu peristiwa. Kita belajar melalui sejarah bagi memperbetulkan keadaan yang silap bukan memperoleh muhsibah akibat pengulangan sejarah akibat keenganan kita sendiri mempelajari sejarah.














adakah kita mahu sejarah penjajahan berlaku lagi?

SEJARAH BUKAN JUMUT




Satu perbualan kosong antara aku, kawan dan kenalan mengenai matapelajaran tertentu di hadapan Dewan Peperiksaan sebelum berlangsungnya peperiksaan. Isi perbualan adalah tertumpu kepada matapelajaran yang diambil di universiti iaitu major dan minor. Kenalan menyatakan matapelajaran yang diambil ialah Ekonomi dan Geografi manakala aku Ekonomi dan Sejarah. Menariknya kenalan itu menyatakan bahawa sebab yang membawa kepada keenganan dia mengambil Sejarah sebagai matapelajaran major dan minor ialah sejarah merupakan matapelajaran yang tidak berkembang dan hanya tertumpu pada masa dahulu sahaja. Pendek kata Sejarah merupakan matapelajaran jumut baginya(kesimpulan aku). Itu merupakan pandangan seorang pelajar universiti yang dikatakan sebagai bijak pandai. Aku tak tahu pandangan itu dari sudut kebenciannya terhadap bidang Sejarah ataupun kelemahannya dalam bidang Sejarah. Aku nak menegaskan bahawa Sejarah bukan seperti yang dikatakan kenalan itu, Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang sentiasa berkembang dan penuh dengan aspek nilai dan pengajaran yang mampu dijadikan tauladan. Melalui pensyarah, beliau menyatakan bahawa “Dalam Al-Quran, lebih 60% isi kandungannya merupakan sejarah masyarakat terdahulu sebagai peringatan kepada masyarakat pada masa kini”. Sejarah itu akan berulang apabila kita tidak cuba mempelajari sesuatu daripada Sejarah. Ibaratnya jika anda melalui sebuah jalan dan anda terjatuh akibat lubang yang berada di tengah-tengah jalan. Jika anda seorang yang bodoh anda tidak akan belajar daripada sejarah terjatuh akibat daripada lubang tersebut lalu terjatuh untuk kedua kalinya dan seterusnya. Jika anda seorang yang bijak anda akan cuba mengelak lubang tersebut dan akhirnya anda tidak akan terjatuh untuk kedua kalinya. Sejarah bukan berbentuk peristiwa pada masa lampau sahaja tetapi sejarah itu mampu diaplikasikan dengan peristiwa masa kini, sebagai contoh kejatuhan Negeri-negeri Melayu ketangan British adalah akibat daripada perebutan takhta antara pemimpinnya. Pada waktu ini peristiwa seumpama itu masih berlaku cuma kesannya masih tidak nampak dan jika semua masyarakat Malaysia belajar daripada sejarah kita mampu mengelak peristiwa tersebut daripada berulang. Jangan jadi manusia yang terus jatuh dalam lubang tanpa mempelajari apa-apa daripada peristiwa tersebut.














Adakah peristiwa penting negara dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dianggap
tidak perlu dikenang? Kerana sejarah itu adalah pembelajaran daripada pengalaman