
Satu perbualan kosong antara aku, kawan dan kenalan mengenai matapelajaran tertentu di hadapan Dewan Peperiksaan sebelum berlangsungnya peperiksaan. Isi perbualan adalah tertumpu kepada matapelajaran yang diambil di universiti iaitu major dan minor. Kenalan menyatakan matapelajaran yang diambil ialah Ekonomi dan Geografi manakala aku Ekonomi dan Sejarah. Menariknya kenalan itu menyatakan bahawa sebab yang membawa kepada keenganan dia mengambil Sejarah sebagai matapelajaran major dan minor ialah sejarah merupakan matapelajaran yang tidak berkembang dan hanya tertumpu pada masa dahulu sahaja. Pendek kata Sejarah merupakan matapelajaran jumut baginya(kesimpulan aku). Itu merupakan pandangan seorang pelajar universiti yang dikatakan sebagai bijak pandai. Aku tak tahu pandangan itu dari sudut kebenciannya terhadap bidang Sejarah ataupun kelemahannya dalam bidang Sejarah. Aku nak menegaskan bahawa Sejarah bukan seperti yang dikatakan kenalan itu, Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang sentiasa berkembang dan penuh dengan aspek nilai dan pengajaran yang mampu dijadikan tauladan. Melalui pensyarah, beliau menyatakan bahawa “Dalam Al-Quran, lebih 60% isi kandungannya merupakan sejarah masyarakat terdahulu sebagai peringatan kepada masyarakat pada masa kini”. Sejarah itu akan berulang apabila kita tidak cuba mempelajari sesuatu daripada Sejarah. Ibaratnya jika anda melalui sebuah jalan dan anda terjatuh akibat lubang yang berada di tengah-tengah jalan. Jika anda seorang yang bodoh anda tidak akan belajar daripada sejarah terjatuh akibat daripada lubang tersebut lalu terjatuh untuk kedua kalinya dan seterusnya. Jika anda seorang yang bijak anda akan cuba mengelak lubang tersebut dan akhirnya anda tidak akan terjatuh untuk kedua kalinya. Sejarah bukan berbentuk peristiwa pada masa lampau sahaja tetapi sejarah itu mampu diaplikasikan dengan peristiwa masa kini, sebagai contoh kejatuhan Negeri-negeri Melayu ketangan British adalah akibat daripada perebutan takhta antara pemimpinnya. Pada waktu ini peristiwa seumpama itu masih berlaku cuma kesannya masih tidak nampak dan jika semua masyarakat Malaysia belajar daripada sejarah kita mampu mengelak peristiwa tersebut daripada berulang. Jangan jadi manusia yang terus jatuh dalam lubang tanpa mempelajari apa-apa daripada peristiwa tersebut.

Adakah peristiwa penting negara dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dianggap
tidak perlu dikenang? Kerana sejarah itu adalah pembelajaran daripada pengalaman

No comments:
Post a Comment