Pages

Wednesday, March 17, 2010

CIRI-CIRI SEJARAH: BAGAIMANA SESUATU PERISTIWA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH SEJARAH














Sebelum ini kita telah membicarakan pengertian sejarah menurut pandangan dan tafsiran sejarawan terkemuka seperti Herodotus(bapa sejarah), Ibn Khaldun(ahli sosiologi), Muhd Yusof Ibrahim(sejarawan negara kita) dan pandangan beberapa tokoh sejarawan lainnya. Secara umumnya, sejarah merupakan rekod-rekod peristiwa masa lampau yang telah dikaji tentang kebenarannya serta terbukti kesahihannya bagi menjadi panduan dan pengajaran kepada masyarakat masa kini.

Tidak semua peristiwa yang berlaku pada masa lampau boleh dikatakan sebagai sejarah kerana sejarah mempunyai ciri-ciri khusus yang boleh diletakkan sebagai sebuah sejarah. Sebagai contoh kisah-kisah yang dilakonkan dalam televisyen seperti Si Tanggang yang tidak boleh diletakkan sebagai sebuah sejarah kerana tidak menepati klasifikasi sebagai sebuah ilmu sejarah. Walaupun penceritaan masyarakat terdahulu mengakui bahawa wujudnya Si Tanggang tetapi bidang keilmuan menafikan kewujudan kisah Si tanggang kerana tidak menepati bukti-bukti yang dikehendaki oleh bidang sejarah itu sendiri.

Oleh itu, aku akan menyenaraikan beberapa ciri sejarah yang patut diketahui sebagai sebuah sejarah. Ciri-ciri tersebut ialah fakta yang tepat dan benar, penting dan bermakna serta sebab dan akibat. Oleh itu, cerita Si Tanggang yang telah dikatakan sebelumnya tidak dapat dikatakan sebagai sejarah kerana tidak menepati ciri-ciri pertama iaitu fakta yang tepat dan benar. Kita akan lihat apa perkara-perkara yang terkandung dalam setiap ciri-ciri sejarah yang telah dikemukakan:

i) Fakta Yang Tepat dan Benar

Melalui ciri pertama ini sesebuah peristiwa, tempat,tokoh dan tarikh mesti dapat dibuktikan kebenarannya. Peristiwa sejarah mesti dapat dibuktikan dengan sumber yang terbukti kesahihanya. Sesebuah peristiwa yang membabitkan rekaan dan tokok tambah tidak dapat diangkat sebagai sebuah sejarah. Sebagai contoh penceritaan tokoh terdahulu mengenai zaman penjajahan Jepun, peristiwa tersebut telah terbukti kebenarannya tetapi jika penceritaan yang dilakukan penuh dengan unsur tokok tambah dan rekaan maka peristiwa tersebut boleh ditolak sebagai peristiwa sejarah. Di sini aku akan memberikan contoh sebuah sejarah:









Peristiwa : Pengisytiharaan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan

Tempat : Putrajaya

Tokoh : Tun Dr Mahathir Mohamad

Tarikh : 1 Febuari 2001

Peristiwa di atas telah menepati ciri pertama iaitu fakta yang tepat dan benar kerana memenuhi perkara-perkara seperti peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang tepat.

ii) Penting dan Bermakna

Jika anda menganggap sesuatu perkara dalam hidup anda tidak penting dan tidak memberikan apa-apa makna, apakah yang akan anda lakukan? Aku menjangkakan yang perkara itu tidak akan diingati dan mungkin juga anda merasakan perkara tersebut tidak pernah dilalui. Begitu juga dengan bidang sejarah, sesuatu peristiwa sejarah mestilah memberi kesan penting kepada pelajar, ahli keluarga, masyarakat dan negara. Peristiwa penting dalam diri menjadikan panduan dan iktibar kepada masyarakat agar berhati-hati dalam setiap tindak tanduk. Sebagai contoh:

a) Tarikh perkahwinan ibu bapa menjadi peristiwa bermakna kepada keluarha.











b) Hari kemerdekaan menjadi bermakna kepada semua warganegara Malaysia











i) Sebab dan akibat

Bagi mengetahui kesahihan sesuatu peristiwa dan kebenarannya, bidang sejarah memberi matlamat membongkar segala sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Bidang sejarah juga bukan hanya memaparkan fakta yang tetap tetapi ahli sejarawan sentiasa mencari sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Sebagai contoh penjajahan kuasa Britis ke Tanah Melayu disebabkan oleh faktor-faktor politik, sosial dan ekonomi. Sebab dan akibat sesuatu peristiwa dapat menimbulkan perasaan ingin tahu individu terhadap sesuatu masyarakat. Contohnya jika rakan anda mempunyai kekasih dan pada suatu ketika hubungan itu terputus, anda sedaya upaya ingin mengetahui sebab mengapa hubungan itu terputus, ini menimbulkan perasaan minat dalam diri anda.


















penjajahan British memberi makna kepada kita agar menghargai kemerdekaan

No comments:

Post a Comment